Lokasi Sekolah
Sekolah Tinggi Chung Hwa merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di daerah Muar. Sekolah Tinggi Chung Hwa yang berada di Jalan Junid terletak di kawasan strategik iaitu tidak begitu jauh dari pusat bandar dan terletak berdekatan dengan taman rekreasi terkenal daerah Muar iaitu Tanjung Emas. Sekolah Tinggi Chung Hwa juga terletak di tengah-tengah sekolah-sekolah lain di daerah Muar iaitu SK (P) Sultan Abu Bakar 1 dan 2, SMK Tun Sulaiman Ninam Shah (SMK Jalan Junid) dan SMK (P) Sultan Abu Bakar.