Komponen Sastera

nota Komsas Pasar Perasaan T5

SAJAK PASAR PERASAAN

 
SAJAK
 
PASAR PERASAAN
T. Alias Taib
 
SAJAK
MAKSUD
ini pasar perasaan
pada gerainya duduk penjual sentimental
yang sering dikunjungi pembeli emosional.
Penyajak mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat tentang pelbagai isu. Perdebatan yang berlangsung kadang-kadang penuh dengan emosi yang sukar untuk dikawal.
ini pasar perasaan
mereka memperdagangkan kata-kata
yang terbit daripada kalbu
bukan terbit daripada akal.
Di warung-warung, perdebatan yang berlangsung penuh dengan perasaan. Kata-kata yang dilontarkan lebih kepada luahan perasaan yang terbuku dalam kalbu bukannya lahir daripada pemikiran yang bernas.
mereka memperdagangkan hujah
yang rapuh dan lapuk
bagai kayu buruk;
yang mudah dipatahkan
bagai ranting kering.
Mereka melontarkan pelbagai hujah yang longgar dan basi serta tidak berdasarkan fakta sehingga tidak memberi apa-apa makna. Hujah-hujah yang dilontarkan begitu rapuh sehingga mudah untuk dipatahkan oleh pihak lawan
ini pasar perasaan
di dalamnya mengalir sungai manusia
yang menghilirkan suara kosong.
Warung-warung telah menjadi tumpuan ramai dan  para pengunjung datang silih berganti. Mereka berbual-bual kosong di situ tanpa ada kata putus.
ini pasar perasaan
yang memperdagangkan akal cetek
dan tawar-menawar yang dangkal.
Di warung-warung jugalah, para pengunjung memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.
kumasuki pasar ini
kususuri sungai sibuk ini
di tengah-tengah penjual dan pembeli
yang kaya dengan perasaan
tetapi miskin dengan kebijaksanaan
Penyajak cuba memasuki warung tersebut dan melibatkan diri dalam perdebatan dengan pengunjung lain. Penyajak cuba menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati para pendebat lebih dikuasai oleh emosi ketika berbicara dan tidak bersandarkan pada fakta dan ilmu pengetahuan.
ini pasar tidak berakal
yang diriuhkan kekosongan
Penyajak membuat kesimpulan bahawa warung-warung merupakan tempat yang hanya sesuai untuk mereka berbual-bual kosong sahaja. Walaupun perdebatan nampak menarik tetapi keriuhannya tidak membawa apa-apa makna.
 
 
 
 
 
 
ASPEK-ASPEK KOMSAS
 
ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN
 
 
Tema
Kerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang bersuara di warung-warung Penyajak menegur sikap masyarakat kini yang menyuarakan pendapat mengikut perasaan tanpa menggunakan akal fikiran. Hasilnya perdebatan mereka mudah dipatahkan, tidak membawa makna dan berakhir dengan emosi.
 
 
 
 
 
 
Persoalan
Persoalan perdebatan harus bersandarkan ilmu Perdebatan tanpa ilmu pengetahuan tidak akan membawa apa-apa faedah
Persoalan perdebatan bersandarkan perasaan menjadi sia-sia Perdebatan bersandarkan perasaan akan berakhir dengan pelbagai emosi
Persoalan perdebatan tanpa ilmu mudah untuk dipatahkan Hujah yang dilontarkan tanpa fakta yang kukuh mudah untuk disangkal
Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujah Hujah yang dilontarkan tanpa ilmu pengetahuan tidak akan membawa apa-apa makna
Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah akan berakhir dengan emosi Kata-kata yang dilontarkan tanpa hujah yang bernas akan berakhir dengan perbalahan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak
 
 
 
Nilai
Rasional Sifat rasional penting apabila melontar idea ketika berhujah dengan pihak lawan
Kebijaksanaan Penyajak mahu masyarakat berdebat dengan bijaksana bersandarkan ilmu pengetahuan
Kesabaran Sifat sabar penting ketika berdebat untuk mengelakkan perbalahan
Kerajinan Masyarakt perlu rajin membuat rujukan untuk menambahkan maklumat bagi menguatkan hujah
Keprihatinan Penyajak prihatin dengan sesetengah masyarakat yang suka berbual kosong di warung tanpa memiliki ilmu sehingga berakhir dengan pelbagai emosi
 
 
 
 
 
 
 
Pengajaran
Kita hendaklah rasional ketika menyampaikan hujah agar emosi dapat dijaga Perdebatan yang berlaku di warung-warung berakhir dengan pelbagai emosi kerana masing-masing kurang bersifat rasional dan ingin menonjolkan kelebihan diri sahaja
Kita hendaklah bijak ketika berdebat  supaya hujah tidak mudah dipatahkan Kebijaksanaan penting ketika berdebat kerana pihak lawan akan mengambil kesempatan mematahkan hujah dengan mudah
Kita hendaklah sabar ketika berdebat agar perbalahan dapat dielakkan Pendebat yang hilang sabar mudah berbalah apabila hujah mereka mudah dipatahkan
Kita jangan beremosi ketika berdebat kerana pihak lawan mudah mengambil kesempatan Sifat emosi akan menonjolkan kelemahan diri dan keadaan ini memudahkan pihak lawan untuk mengambil kesempatan mematahkan hujah
Kita jangan menduga kebijaksanaan orang lain jika tiada ilmu Jangan sesekali kita berhujah dnegan orang lain jika kita tidak mempunyai ilmu yang cukup
 
 
 
Gaya bahasa
Diksi mudah difahami Contoh : bagai ranting kering
Ayat pendek-pendek Contoh : ini pasar perasaan
Personifikasi Contoh : ini pasar tidak berakal
Simile Contoh : bagai kayu buruk, bagai ranting kering
Metafora Contoh : sungai manusia, pasar perasaan
Epifora
Contoh : kumasuki pasar ini
               kususuri sungai sibuk ini
 

 


Contact

Cikgu Hairi

Sekolah Tinggi Chung Hwa, Muar
14, Jalan Joned, 84000 Muar, Johor, Malaysia
+60 6-952 2632