Menengah Atas (Ting 4,5,6)
1. jari-jari
Jari-jari pada jendela di rumah usang itu telah rosak dimakan anai-anai.
2. suka-suka
Saya hanya suka-suka pergi ke pantai tersebut untuk mencari ketenangan.
3. tinggi-tinggi
Bangunan yang terdapat di ibu kota kebanyakannya tinggi-tinggi belaka.
4. angan-angan
Kita hendaklah menjadikan angan-angan kita sebagai satu kenyataan dalam hidup.
5. jejari
Lima meter panjang jejari pada bulatan di atas bumbung bangunan itu .
6. cecair
Cecair berwarna kuning yang terdapat di dalam botol itu digunakan sebagai bahan penyubur pokok.
7. kekuda
Tulang bumbung rumah itu dipasang kekuda supaya kukuh dan tidak mudah ditiup angin.
8. dedalu
Banyak pohon dedalu menumpang hidup pada pokok-pokok besar di hutan tersebut.
9. sayur-mayur
Sayur-mayur yang masih segar dijual di pasar tersebut pada setiap pagi.
10. kuih-muih
Kuih-muih itu dibuat untuk majlis perkahwinan anak Pak Abu.
11. cerai-berai
Tindakan Haji Hussin yang keterlaluan itu telah mendorong keluarga anak sulungnya menjadi cerai-berai.
12. karut-marut
Orang Melayu mudah terikut-ikut dengan kepercayaan yang karut-marut itu.
13. kayu-kayan
Kayu-kayan yang keras telah digunakan untuk membuat perabot yang berukir itu.
14. bolak-balik
“Jangan bercakap bolak-balik sehingga ayah menjadi marah” kata Ali kepada adiknya.
15. mandi-manda
“Puteri Bongsu sedang mandi-manda di kolam di belakang istana” kata hulubalang kepada baginda sultan.
16. lalu-lalang
Banyak kenderaan lalu-lalang di jalan raya di hadapan sekolah tersebut.
17. anak-pinak
“Hampir semua anak-pinak Pak Sulung hadir bersama bagi meraikan majlis hari jadinya yang keseratus lapan semalam” kata Hajah Siti Hajar kepada emak saudaranya.
18. lintang-pukang
Penagih-penagih dadah di belakang rumah besar itu lari lintang-pukang apabila mereka diserbu oleh pihak polis.
19. ramah-tamah
Sikap ramah-tamah yang ditunjukkan Haji Majid dan keluarganya menyebabkan keluarga kami suka mengunjungi rumahnya.
20. kusut-masai
Rambutnya kelihatan kusut-masai apabila terkena hujan lebat.